YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak turun padang membakar semangat kontinjen Perak pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, baru-baru ini.
Hadir sama, YB Ahli-ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak; serta para ketua jabatan dan agensi Negeri Perak.
Sepanjang sesi tersebut, YAB Menteri Besar Perak turut berkesempatan menyaksikan serta memberikan sokongan bagi perlawanan Sepak Takraw, Badminton, Menembak dan lain-lain sukan yang telah berlangsung.
MB Inc. Perak selaku Agensi Angkat yang dipertanggungjawabkan bagi sukan Muay Thai dan Sepak Takraw pada SUKMA XXII Selangor 2026, turut sama memberikan sokongan dan komitmen penuh kepada kontinjen Perak.
MB Inc. Perak turut merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Nazirul Iqbal bin Roszaini dari sukan Menembak yang telah berjaya merangkul pingat emas serta kepada pasukan Sepak Takraw Wanita yang mara ke peringkat Akhir Berpasukan menentang Negeri Sabah pada hari ini.
Setakat ini, Perak telah mengutip sebanyak 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 13 pingat gangsa. Justeru, diharapkan setiap atlet dapat meneruskan misi Silver to Gold yang disasarkan iaitu sebanyak 50 pingat emas pada SUKMA kali ini.
Silver to Gold!
Belang Tarung Tiga Warna!
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak