Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw Wanita Negeri Perak atas kejayaan meraih pingat Perak bagi acara Berpasukan Wanita pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, baru-baru ini.
Hadir sama ialah, YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Pulau Pinang; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Dalam perlawanan akhir menentang Negeri Sabah, Pasukan Perak menzahirkan semangat juang dan ketahanan yang membanggakan sepanjang aksi, meskipun akhirnya tewas tipis kepada Sabah yang menamatkan kempen sebagai juara.
MB Inc. Perak turut mendoakan agar semangat juang pasukan Sepak Takraw SUKMA Negeri Perak dapat terus dipertingkatkan dalam acara-acara yang berbaki, sekali gus mengharumkan nama Negeri Perak menerusi lebih banyak kejayaan gemilang.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak