Sorotan hari pertama pertandingan Muay Thai pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di KSL Esplanade Mall, Klang, baru-baru ini.
Hadir sama, YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Pasukan Muay Thai SUKMA Negeri Perak berjaya membuka tirai pertandingan dengan catatan cemerlang iaitu empat kemenangan daripada lima perlawanan yang disertai.
Sebagai Agensi Angkat sukan Muay Thai SUKMA Negeri Perak, MB Inc. Perak sentiasa menyokong penuh setiap usaha dan pengorbanan atlet-atlet sepanjang kempen SUKMA XXII ini berlangsung.
Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan terus disuburkan sehingga ke saat akhir pertandingan, sekaligus membawa pingat emas yang disasarkan demi mengharumkan nama Negeri Perak.