YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak merasmikan Invest in Perak Day 2026 sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri membuka lebih banyak ruang kepada para pelabur untuk meneroka sendiri potensi ekonomi Negeri Perak.
Hadir sama, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); YB Ahli-ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; serta para ketua jabatan dan agensi negeri dan persekutuan.
Fokus utama program ini tertumpu kepada penarikan pelaburan dalam sektor-sektor berimpak tinggi, merangkumi pembuatan elektrik dan elektronik (E&E), automotif, industri berasaskan mineral, industri halal, serta teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI).
Sebagai peneraju industri mineral negeri, MB Inc. Perak turut mengambil bahagian secara aktif dalam program ini, khususnya berhubung hala tuju serta memacu pembangunan semasa unsur nadir bumi (REE) di Negeri Perak.
Program ini turut menggariskan strategi negeri dalam memilih pelabur yang benar-benar komited membangunkan industri hiliran dan pertengahan mineral mentah, bukan sekadar mengeksport bahan mentah semata-mata.
Semoga usaha proaktif di bawah agenda Perak Sejahtera 2030 ini terus memacu momentum pertumbuhan ekonomi Perak agar kekal mampan dan berdaya saing, baik di peringkat nasional mahupun rantau Asia Tenggara.