YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia berkesempatan meluangkan masa bersama menyaksikan aksi para atlet dalam acara Muay Thai sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, baru-baru ini.
Hadir sama, YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor; YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia; serta barisan ketua jabatan dan agensi peringkat negeri dan persekutuan.
Menyusuri sorotan hari kedua pertandingan, Pasukan Muay Thai SUKMA Negeri Perak mencatat pencapaian membanggakan apabila lima orang atlet berjaya melangkah ke pusingan suku akhir yang bakal menyusul.
MB Inc. Perak turut mendoakan agar momentum cemerlang ini dapat dikekalkan dan terus disuburkan pada pusingan seterusnya, sekaligus membuka laluan ke arah pingat emas yang disasarkan Negeri Perak.