Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak atas kejayaan meraih tiga pingat perak bagi acara Kuadran Lelaki, Kuadran Wanita dan Beregu Lelaki pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; Presiden Sepak Takraw Perak dan Selangor; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Dalam perlawanan akhir menentang Negeri Selangor dan Sabah, Pasukan Perak menunjukkan semangat juang dan ketahanan yang membanggakan sepanjang aksi meskipun akhirnya tewas dalam perlawanan yang sengit.
Semoga semangat juang Pasukan Sepak Takraw SUKMA Negeri Perak dapat terus dipertingkatkan dalam acara Beregu pada hari ini, sekaligus mengharumkan nama Negeri Perak menerusi lebih banyak kutipan pingat, insya-Allah.