YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Ketua Kontinjen Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Perak, turun padang menyuntik semangat kepada atlet-atlet dalam acara Muay Thai sempena SUKMA XXII Selangor 2026.
Menyusuri sorotan hari ketiga pertandingan, Pasukan Muay Thai SUKMA Negeri Perak mencatatkan pencapaian membanggakan apabila lima orang atlet berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir yang bakal menyusul.
Nur Bisyarah Altisya mencatatkan rentak kemenangan pertama buat Perak dalam kategori wanita 51-54 kilogram apabila menewaskan atlet Pulau Pinang dengan keputusan 39-1.
Rentak cemerlang itu diteruskan apabila Izaffudin Petra, Rabiatul Adawiyah, Ho Kar Poh dan Muhammad Ramadhani turut menambah kemenangan buat Perak lantas melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Sebagai Agensi Angkat Muay Thai negeri, MB Inc. Perak mendoakan agar kesemua atlet berkenaan dapat mengekalkan kecemerlangan serta terus fokus pada pusingan seterusnya, sekaligus mengorak langkah dalam pemburuan pingat buat Negeri Perak.