YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad merasmikan Pelancaran Logo Pavilion Perak dan Road to Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 6 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.
Turut hadir YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Encik Mohd Ridzuan Marsidi selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Sempena majlis tersebut, MB Inc. Perak turut mengambil bahagian secara aktif dengan menghantar sebuah kenderaan bersama wakil pegawainya dalam Majlis Pelepasan Konvoi “Road to MAHA 2026”.
Seusai majlis pelancaran, program diteruskan dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan yang berjaya menghimpunkan serta menyelesaikan pelbagai aduan rakyat, khususnya daripada penduduk Kuala Kangsar.
Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat terus memberikan manfaat yang nyata dan dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian, selaras dengan aspirasi bersama untuk merealisasikan Perak Sejahtera 2030.