Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi Unit Keselamatan MB Inc. Perak, dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Perak telah menganjurkan program Occupational Safety and Health Coordinator (OSH-C) MADANI.
Sesi perkongsian oleh Encik Mohd Badrul Azifudin bin Abdul Mutalib selaku Jurulatih Berdaftar NIOSH, memberikan pendedahan mengenai prinsip, amalan terbaik serta pendekatan pengurusan OSH yang berkesan.
Para peserta turut didedahkan kepada peranan dan tanggungjawab OSH-C, khususnya dalam membantu organisasi melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih sistematik.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Unit Keselamatan MB Inc. Perak dalam memperkasa kompetensi warga kerja, seterusnya menyumbang ke arah pembentukan budaya kerja yang selamat dan sihat.