YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia meluangkan masa mengunjungi reruai Cura Batik oleh Menteri Besar Incorporated (Perak) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS Serdang.
Pada MAHA 2026 ini, MB Inc. Perak menerusi Cura Batik turut tampil aktif mengimarahkan Pavilion Negeri Perak dengan mempromosikan keunikan Batik Perak yang menggabungkan warisan, kreativiti dan inovasi tekstil tempatan.
Sepanjang kunjungan tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri turut berkesempatan menyaksikan sendiri serta mencuba demonstrasi proses penghasilan Batik Perak menerusi teknik tanah liat dan teknik silkscreen.
Selain itu, buat julung kalinya pada pameran ini, Cura Batik turut memperkenalkan CITA by Cura Batik dengan rangkaian fabrik moden dan versatil seperti Bamboo Satin, Tencel Satin, Viscose dan Cotton Poplin.
MB Inc. Perak dengan ini menjemput seluruh pengunjung dari Negeri Perak dan seluruh Malaysia untuk berkunjung ke Pavilion Negeri Perak bagi mendapatkan pelbagai pilihan kain eksklusif, produk dan cenderamata daripada Cura Batik dan CITA by Cura Batik.
Sempena MAHA 2026 dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Cura Batik turut menawarkan promosi istimewa dengan diskaun sehingga 20% ke atas kesemua produk Cura Batik dan CITA by Cura Batik sepanjang tempoh promosi berlangsung.