YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah merasmikan Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Negeri Perak 2026 Kali Ke-5 yang berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, baru-baru ini.
Turut hadir, YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Berlangsung selama tiga hari, KAMU kali ini sarat dengan pelbagai aktiviti dan program sasaran golongan belia, merangkumi acara sukan, e-sukan, seni dan kebudayaan, muzik, keusahawanan, sehinggalah pertandingan kemahiran TVET.
Penganjuran KAMU merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan berkualiti, khususnya dalam kalangan anak muda yang bakal menerajui kepimpinan negeri pada masa hadapan.
Pada majlis yang sama, YAB Menteri Besar Perak turut menyampaikan cenderamata kepada MB Inc. Perak sebagai tanda penghargaan atas sumbangan penajaan selaku salah satu Rakan Strategik penganjuran KAMU tahun ini.
Semoga KAMU terus memainkan peranan penting dalam pembangunan belia negeri, sekaligus menjadi platform terbaik bagi anak muda Perak mempamerkan bakat serta memperoleh pendedahan berguna untuk masa depan mereka.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak