Menteri Besar Incorporated (Perak) menganjurkan sesi lunch bersama atlet Muay Thai Negeri Perak sempena pencapaian cemerlang mereka mengutip 3 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Tuan Haji Mazlan bin Mohamad; Presiden Persatuan Muaythai Negeri Perak, Dr. Arjarn Bernard Radin; serta Pengurus Besar Kanan MB Inc. Perak, Encik Kamarulariffin Haji Ayub.
Sebagai Agensi Angkat bagi sukan Muay Thai negeri, MB Inc. Perak turut menyampaikan insentif kewangan kepada para atlet yang berjaya meraih pingat sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih dan semangat juang tinggi mereka dalam mengharumkan nama Negeri Perak.
Selaras dengan amanah yang digalas daripada Kerajaan Negeri, MB Inc. Perak turut menzahirkan komitmennya menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbang peruntukan bagi pembinaan gelanggang Muay Thai di Negeri Perak.
Sokongan dan sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MB Inc. Perak dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan atlet negeri sentiasa terbela, sekaligus memperkasakan pembangunan sukan negeri selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri.