Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan program latihan dalaman bertajuk Effective Sales & Marketing bagi warga kerjanya.
Program selama dua hari yang disertai peserta daripada peringkat pengurusan hingga bukan eksekutif ini bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap strategi jualan dan pemasaran yang berkesan.
Sepanjang program, Dr. Dhena Doraisamy, Jurulatih Korporat dan Pakar Pembangunan Kompetensi, berkongsi aplikasi teknik jualan yang bersesuaian serta pendekatan komunikasi persuasif yang berkesan dan kontemporari.
Peserta turut didedahkan dengan pendekatan profesional dalam mengendalikan isu dan maklum balas pelanggan bagi membina kepercayaan serta mendorong keputusan pembelian melalui aktiviti amali.
Program latihan ini diharapkan dapat memperkukuh keyakinan dan kompetensi peserta, sekaligus meningkatkan prestasi jualan serta keberkesanan strategi pemasaran organisasi, khususnya dalam landskap perniagaan yang kian mencabar.