YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Menteri Besar Incorporated (Perak) mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengurusan MB Inc. Perak Bilangan 2 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat, Pejabat YAB Menteri Besar Perak.
Hadir sama, YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ahli pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Mesyuarat khas ini memberi tumpuan kepada cadangan semasa dan hala tuju pembangunan Memorial Muzium Kapal Diraja Hang Tuah (KDHT) yang menggabungkan elemen pemuliharaan sejarah, pendidikan, pelancongan dan pembangunan komuniti.
Perbincangan ini penting bagi memastikan Kerajaan Negeri menerusi MB Inc. Perak dapat merealisasikan transformasi tersebut mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan, dengan sasaran dibuka kepada orang awam pada suku ketiga tahun 2027.
Semoga setiap resolusi dan keputusan mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan dan ekonomi holistik Negeri Perak, seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat Perak, insya-Allah.