Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran telah menganjurkan program latihan dalaman bertajuk Finance for Non-Finance bagi kalangan pengurusan kanan dan pengurusan, baru-baru ini.
Program selama dua hari yang disertai peserta daripada peringkat pengurusan hingga pengurusan kanan ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai konsep kewangan serta aplikasinya dalam perniagaan kontemporari.
Pendekatan ini membolehkan peserta mentafsir maklumat kewangan, menilai prestasi perniagaan dan melibatkan diri dengan lebih yakin dalam perbincangan serta pembuatan keputusan yang melibatkan aspek kewangan.
Antara intipati program ialah memahami prinsip teras dan istilah dalam kewangan perniagaan, di samping mengaplikasikan nisbah kewangan asas bagi menilai prestasi perniagaan.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh keyakinan dan keupayaan peserta dalam bidang kewangan, sekaligus menyokong pembuatan keputusan yang lebih tepat demi memacu kelestarian, daya saing dan kecemerlangan syarikat.