Dalam usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat, Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak terus diadakan oleh Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Seri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim bagi Siri 7 tahun 2026.
Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.
Siri 7 kali ini merekodkan sebanyak 120 aduan, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang diterima sehingga siri ke-6 pada tahun ini sebanyak 1,306, dengan 81% daripadanya telah berjaya diselesaikan.
Program ini turut menyediakan pelbagai kaunter perkhidmatan sebagai inisiatif kebajikan dan untuk memudahkan urusan masyarakat setempat.
Initiatif berterusan daripada Kerajaan Negeri yang menyediakan platform tetap kepada rakyat untuk menyuarakan segala macam permasalahan diharapkan dapat terus memberikan impak positif kepada seluruh lapisan masyarakat, supaya suara rakyat terus didengar, permasalahan dapat diselesaikan, justeru menuju kearah merealisasikan aspirasi Perak Sejahtera 2030.