Unit anggota polis bantuan bersama pihak pengurusan Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menjalani Ujian Kemahiran Menembak yang diadakan di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 21 Oktober 2026.
Program ini bermula dengan sesi taklimat berkenaan Asas Pengendalian Senjata Api yang merangkumi aspek keselamatan, tatacara penggunaan serta kawalan senjata, sebelum peserta menjalani sesi praktikal ujian menembak.
Ujian ini acap kali diadakan sebagai usaha memperkukuh kemahiran serta kesiapsiagaan anggota PB dalam menyokong keselamatan dan kelancaran operasi organisasi.
Di akhir program ini, MB Inc. Perak melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya telah menyampaikan sedikit cenderamata kepada wakil anggota polis IPK Perak sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan dalam memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang ujian kemahiran menembak dijalankan.