IPOH: Kelulusan permit (AP) bagi mengeksport lambakan stok unsur nadir bumi (REE) rare earth carbonate (REC) menerusi projek perlombongan REE bukan radioaktif (NR-REE) di Kenering, Hulu Perak, sudah diluluskan semula kepada penggerak projek itu oleh kerajaan Pusat.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata AP itu diberikan oleh kerajaan Persekutuan pada 26 September 2024 selepas menetapkan larangan pengeksportan bahan mineral NR-REE yang bermula pada 1 Januari 2024.