PENGKALAN HULU: Jika sebelum ini dijalankan di Ipoh, Trong dan daerah Chenderiang, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) kali ini menganjurkan Ihya Ramadan di daerah Pengkalan Hulu, pada Jumaat.

Pada satu majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Kuak Luar, dekat sini, seramai 100 orang asnaf telah menerima sumbangan wang zakat daripada syarikat berkaitan kerajaan tersebut.

TAPAH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) telah memberikan sumbangan dan bantuan kepada 100 orang asnaf di Kampung Temoh, di sini, baru-baru ini.

Fatimah Deris, 84, yang tinggal seorang diri semenjak kematian suami merupakan antara penerima sumbangan menerusi Program Ihya Ramadan MB Inc.

Menerusi satu kenyataan, selain sumbangan berbentuk zakat, MB Inc turut menghulurkan bantuan seperti beras dan kotak makanan kepada kesemua penerima yang disempurnakan Pengurus Kanan MB Inc, Nor Afzanizam Abd Manan.

IPOH:Perak berjaya menarik pelaburan sejumlah RM1.5 bilion melalui projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Berhad hari ini merupakan satu usaha baik bagi merancakkan ekonomi negeri kelak.

“Satu perjanjian antara Kossan dan PKNP yang telah memilih daerah Batang Padang sebagai lokasi pelaburan terbaru mereka dengan perbelanjaan RM1.5 bilion akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat adalah satu usaha yang baik,” katanya dalam satu sidang selepas menyaksikan majlis perjanjian kerjasama PKNP-Kossan Rubber Industries Bhd di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.